Siapa-siapa pun mula-mula nak solat malam memang susah. Nak mujahadah nafsu yang besar siapa kata mudah. Boleh kata nak angkat selimut tu macam berat 10 kilogram jadinya. Lepas berjaya bangun dan ambil wudu' mula solat 2 rakaat.
Selesai solat berdoa dalam keadaan mata pejam dan sedar. Mengantuk pun datang kembali. Tertidur pula di sejadah. Sedar-sedar dah nak masuk subuh. Begitulah kita bila mula-mula nak belajar solat malam. Hati mahu tapi jasad kita lemah.
Tapi berbeza bila kita dah selalu solat malam. Hati sudah kuat. Jam tak perlu dikunci pun dah sedar. Siap kejut ahli keluarga solat sekali. Berdiri dengan khusyuk dan menutup solat dengan esak tangis yang syahdu.
Hati tidak pernah rasa jemu.
Setiap hari bangun tanpa rasa lesu.
Seolah diri tahu inilah masa untuk bertemu dengan kekasih yang dirindu.
Kekasih yang kekal abadi. Subhanallah.
Apalah agaknya nilai kita di sisi Allah sekarang ini?
Nur Atiqah Othman
Founder LQ Muslim.
Moga Allah selalu bantu kita yang lemah ini.
Follow saya di telegram:
https://t.me/iqaamansham
Leave a Comment